KOTA BHARU - My-Sutera Sdn. Bhd. (My-Sutera) yang dahulunya dikenali sebagai KUB Tekstil Sdn. Bhd. menyasarkan untuk menjual 2.3 juta helai pakaian seragam sekolah berjenama Canggih pada tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zakbah Harun berkata, statistik itu dibuat berdasarkan permintaan yang semakin meningkat di kalangan pengguna ekoran keyakinan terhadap kualitinya berbanding jenama lain di pasaran.
Tambahan pula, pakaian berjenama Canggih itu telah mendapat sambutan tinggi bukan sahaja di kalangan pengguna di Lembah Klang tetapi telah meluas ke seluruh negara.
Menurutnya, unjuran tersebut meningkat sebanyak 15 peratus berbanding dua juta helai pada tahun lalu.
"Canggih menjadi pilihan pengguna kerana ia berkualiti dan selesa apabila dipakai berbanding jenama-jenama lain di pasaran,'' katanya ketika ditemui di kilang pakaian Canggih di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa 2 di sini semalam.
sumber kosmo online 12 november 2009



0 comments:
Post a Comment