LONDON - Jurulatih Perancis, Raymond Domenech (gambar) menegaskan, impian untuk beraksi pada pusingan akhir Piala Dunia 2010 telah menjadi moti- vasi utama kepada pemainnya untuk berdepan Republik Ireland esok.
Juara dunia 1998 itu akan turun menentang Ireland pada aksi pertama penentuan Piala Dunia di Croke Park.
"Tekanan tetap terasa. Sekiranya pemain tidak merasai di dalam diri mereka, ia bermakna kami menipu diri kami sendiri dan kami anggap perlawanan ini tidak begitu penting," jelas Domenech yang dikritik hebat selepas prestasi hambar dalam kempen kumpulan sebelum ini.
"Tidak berbaloi untuk menghalangnya. Ada juga beberapa perlawanan yang tidak memerlukan tekanan. Semuanya sudah dirasai, semua pemain mahu bermain pada Piala Dunia.
"Jika mereka tidak mempunyai motivasi, bersedia dan tidak ada keinginan untuk melakukannya, jadi minta maaflah, tiada apa lagi harus diperkata- kan.
"Apa yang pasti, mereka sudah bersedia dan tidak berbaloi lagi untuk menambah tekanan ke atas pemain."
Pada perlawanan esok, skuad Les Bleus akan turun tanpa Abou Diaby dan Jeremy Toulalan, namun bintang legenda Perancis, Zinedine Zidane mengakui negaranya terpaksa berdepan laluan mencabar sebelum ke Afrika Selatan.
"Ini akan menjadi satu perjuangan. Kami perlu mempertahankannya dan selepas itu ada satu lagi perlawanan di Perancis. Bagaimanapun saya yakin kami mampu menang," kata Zidane. - Agensi
Rencana
sumber kosmo online 12 november
sumber kosmo online 12 november
0 comments:
Post a Comment